Percutian Singkat Ke Utara

Sempena cuti panjang hujung minggu kali ni, kami sekeluarga mengambil keputusan untuk pergi ke Taiping, Kulim dan Pulau Pinang untuk percutian singkat 2 hari 1 malam. Dah lama saya dan isteri berhasrat pergi bercuti ke utara, tapi jarak perjalanan yang jauh menyebabkan kami sering berfikir dua kali atau lebih :) Lagi pun, suatu masa dahulu, kami pernah tinggal di Kulim, so kira macam mengimbau kenangan silam jugak la ni…


Bermula dengan balik kampung di Perak, hari Ahad baru kami mulakan perjalanan ke Taiping. Tiba di Taiping lebih kurang pukul 2 petang, kami terus ke Zoo Taiping, destinasi yang sesuai untuk anak-anak kami belajar tentang pelbagai jenis haiwan yang terdapat di sana. Biasanya, orang ramai yang ke Zoo, akan berjalan mengelilingi Zoo untuk melihat haiwan yang terdapat di sana, tapi bagi kami, lebih sesuai untuk menaiki trem, takut terlalu letih, ni baru hari pertama…




Setelah selesai jalan-jalan di Zoo Taiping, kami meneruskan perjalanan ke Kulim. Tiba di sana lebih kurang pukul 6 petang, terus check in Hotel Seri Malaysia. Sebelum menjamah dinner, kami sempat ronda sekitar Kulim, cuba mencari rumah sewa kami dulu di Taman Kota Kenari serta rumah pengasuh yang pernah jaga imran, dll. Banyak yang dah berubah, mujur masih ingat selok-belok jalan di sana… kalau tak mesti dah sesat. Tiba waktu dinner, kami singgah ke kedai makan Abang E Capati – menikmati juadah roti arab dengan kuah kari ayam/ kuah sardin dan nasi ayam… Alhamdulillah, kenyang…


Esoknya, setelah bersarapan di Mutiara Junjung Taman Selasih, kami mulakan perjalanan ke Pulau Pinang… melalui BKE ke Butterworth untuk menaiki feri ke Pulau Pinang. Anak-anak yang paling exited bila mereka dapat tau nak naik feri, masa menunggu giliran menaiki feri, banyak soalan yang ditanya sampai letih kami melayan soalan-soalan mereka…



Destinasi pertama sepatutnya Bukit Bendera, tapi setelah memandu melalui trafik yang mencabar di Pulau Pinang, kami hampa… Bukit Bendera ditutup buat sementara waktu untuk tujuan penyelenggaraan. 




Walaupun sedih tak boleh melawat Bukit Bendera, kami terus perjalanan ke destinasi seterusnya. Kami menuju ke Toy Museum di Teluk Bahang… Walaupun kurang signboard ke Toy Museum ni, tapi kami berjaya menemui lokasi Toy Museum yang berada di celah-celah kediaman penduduk kampung. Jalan masuk ke sana cukup untuk sebuah kereta je… perlukan lebih improvement untuk tarik lebih ramai pengunjung ke sana. Tiket masuk berharga RM15/orang untuk dewasa dan RM10/orang untuk kanak-kanak bagi pemegang MYKAD.




Setelah selesai di Toy Museum, kami teruskan lagi perjalanan ke Penang Butterfly Farm di Teluk Bahang, tak jauh dari Toy Museum. Tempat ni memang favourite kami sejak dulu lagi dan untuk lawatan kali ini, tetap tak menghampakan. Jumlah rama-rama yang banyak dan pelbagai bahan pameran yang terdapat di sini mudah menjelaskan mengapa destinasi ini mampu bertahan menjadi destinasi perlancongan yang terkenal di Pulau Pinang.




Cukuplah entri untuk kali ni, coretan perjalanan kami ke Taiping, Kulim dan Pulau Pinang. Semasa perjalanan pulang ke Perak, kami sempat singgah ke Jawi/ Nibong Tebal bertemu adik ipar yang baru  je memulakan tugas di sana sebagai doktor gigi. Overall, kepenatan, seronok dan puas setelah berjaya menamatkan percutian singkat kami ke utara… sehingga lain kali, insya Allah.

Comments

Popular posts from this blog

Hannah Dah Pandai...

Ayam Beku...

Happy Birthday to my other half!