Hannah Dah Pandai...

Kali ni nak selit cerita pasal Hannah pulak. Sebelum trip singkat ke Utara yang dah cerita kat dalam entri yang lepas, kami sekeluarga sempat meluangkan masa untuk mengajar anak-anak kami menunggang basikal.


Asalnya, plan nak ajar Imran, tapi dia menghilangkan diri tengok TV kat dalam rumah... *imran ngelat. Jadi, terus tukar fokus kepada Hannah and kebetulan dia memang exited nak belajar.


Untuk elak risiko sebarang kecederaan yang serius, kitorang mulakan latihan atas rumput. Kalau jatuh pon, tak la serius jika terus berlatih atas jalan biasa, tapi penat sket la sebab payah sket nak tolak atas rumput, betul tak Cik Ayed?


Cik Ayed pon terlibat dalam usaha melatih Hannah.

Ikram.


Lepas Hannah dah confident sket kat atas rumput, terus tukar latihan kat jalan pulak. Selain tolak macam kat atas rumput tadi, saya demo sendiri kat Hannah camna nak tunggang basikal, lebih senang Hannah nak paham, berbanding kalau saya cakap banyak-banyak...


Kepimpinan melalui teladan... buat demo untuk Hannah.


Hasilnya, selepas beberapa jam tunjuk ajar, berlatih sendirian dan jatuh sekali (berdarah sket)... Hannah dah boleh menunggang basikal 2 roda sendiri. Happy bila tengok Hannah happy...

Haaaa... dah pandai pon!

Comments

Popular posts from this blog

Ayam Beku...

Happy Birthday to my other half!